Categories: Trending

“Lagu Raya Paling…” – Muzik Video ‘Kelepok Raya’ Aliff Syukri Undang Cemuhan Netizen!

Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mengundang cemuhan netizen menerusi babak-babak yang ditampilkan dalam muzik video (MV) ‘Kelepok Raya’ nyanyiannya bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida.

MV itu mula ditayangkan di YouTube sejak semalam dan rata-rata netizen kurang selesa serta berpendapat beberapa adegan di dalam muzik video tersebut tidak patut dijadikan tontonan umum.

“Lagu raya yang paling terkeji dan ‘terpondan’ dalam sejarah Malaysia,” komen seorang netizen.

“Lagu memang best, catchy and fun. Music and concept semua dah okay. Cuma part penari macam cacing kepanasan tu tak perlu kot. Include special appearances and family Datuk pun dah best sangat-sangat dah lagu ni. Dengar without tengok MV ja lah macam ni. Selamat berpuasa & Selamat hari raya everyone,” tulis seorang netizen.

“Lagu dengan muzik sedap dah catchy, concept MV pun menarik… Satu je slack dia, dancer kelepok kalaulah guna betul-betul profesional dancer mesti meletopp kebabomm lagu ni,” kata seorang netizen.

Pengarah Michael Ang, turut tampil memberi komen mengenai muzik video tersebut.

“Dah tahu ni Malaysia, nanti akhir-akhir sekali kaum LGBTQ jugak yang kena. I boleh predict nanti watak lembut tak akan dibenarkan kat TV lagi!,” kata Michael Ang.

Bukan itu sahaja, ibu Aliff Syukri, Bonda Rozita Ibrahim, turut meluahkan ​​rasa tidak puas hatinya dengan tindakan anaknya kerana tidak habis-habis mencipta publisiti murahan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bonda Rozita sempat memohon maaf sebelum beliau berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah.

“Art mak .. bukan saya suruh mereka buat sendiri. @aliffsyukriterlajaklaris Bijak betul alasan dia. Bonda nak pergi umrah – flight jam 1.30 tengah hari ni – saya rendah diri minta maaf ya pd semua follower atau siapa saja yang pernah sakit hati pada saya dan anak-anak saya.

“Berbanyak-banyak minta maaf – Kalah hati bonda bila cucu dikeliling – tapi nak je tangan ni melepuk,” kata Bonda Rozita.

Fatin Nurain