Mawar Karim Nafi Tuduhan Bankrap Dan Pernah Berhutang RM720,000 – “Bisnes Saya masih Stabil”

Sebelum ini ahli perniagaan, Mawar Karim pernah terpalit dengan isu kontroversi mengatakan dia kini telah muflis kerana dikatakan gagal membayar pinjaman sebanyak RM720,000 dan turut mendedahkan individu dengan gelaran ‘S’ cuba untuk memalukan dirinya.

Memetik laporan Mstar, Mawar mendakwa tidak pernah mengenali mahupun berurusan secara langsung dengan plaintif yang dikenali sebagai Nabil Mat Jahya yang membuat tuntutan terhadapnya.

“Saya tidak kenal plaintif dan tidak pernah berurusan dengan dia. Tuduhan yang dilemparkan adalah tidak benar.

“Saya tidak pernah berhutang dan syukur kerana perniagaan yang saya jalankan masih stabil,” katanya.

Mengakui emosinya sedikit terganggu dan ia memberi kesan kepada keselamatan anak serta reputasinya sebagai usahawan, Mawar menegaskan dia sendiri tidak jelas dengan tuntutan itu kerana dia menerima makluman melalui kenyataan media plaintif dan bukannya daripada pihak mahkamah.

 

Terdahulu, Mawar dikatakan membuat pinjaman dengan seorang rakan bernama Nabil Mat Jahya berjumlah RM720,000 bagi tujuan modal perniagaan. Namun, gagal untuk membuat bayaran balik pinjaman menyebabkan satu notis tuntutan dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Bawa Lari Hutang Berjumlah RM720,000, Mawar Karim Dedah Difitnah ‘S’

ARTIKEL BERKAITAN:“Logik Ke Saya Nak Buat Begitu?” – Mohon Hentikan Tuduhan, Fizo Omar Tepis Dakwaan Abai Anak

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Boleh Salahkan Sesiapa…” – Anak & Bekas Isteri Fizo Omar Positif COVID-19

ARTIKEL BERKAITAN:Fizo Omar, Mawar Karim Akhirnya Sepakat Tutup Restoran FizoMawar Kitchen Selepas Berpisah

 

Salma Syahbuddin