Wanita Hamil Terjatuh & Dirempuh Gara-Gara Rebut Hadiah YouTuber Bernilai RM10,000… Netizen ‘Sekolahkan’ Suami!

Umum sedia maklum, pempengaruh Isa Isarb sering kali memuat naik video ‘prank’ dan gemar membuat challenge dengan memberi hadiah berupa wang ringgit.

Tebaru, Isa yang juga seorang YouTuber telah menganjurkan cabaran baru iaitu pertandingan baling raket paling jauh dan timbang bola tangkis yang terhad kepada 50 peserta paling awal akan memenangi wang berjumlah RM10,000 berlangsung di padang bola sepak Garden Arena, Rawang.

Namun, satu perbalahan berlaku apabila seorang wanita hamil dipercayai terjatuh lalu dirempuh sekumpulan lelaki yang berasak memasuki padang bola akibat terlanggar besi pintu gara-gara berebut dan bergelut mahu menyertai cabaran tersebut.

Kejadian tersebut bertambah tegang apabila lelaki tersebuh mengamuk dan memaki hamun orang ramai yang dikatakan menolak isterinya sehingga terjatuh.

Video mengenai kejadian tersebut tular di serata media sosial serta meraih perhatian orang ramai yang meluahkan rasa berang kepada suami wanita berkenaan kerana dianggap tidak bersimpati terhadap isteri.

Meninjau di ruangan media sosial Twiiter, rata-rata daripada netizen mempertikaikan tindakan suami tersebut yang dianggap tergamak membawa isteri mengandung di tempat yang sudah pasti akan bersesak.

Difahamkan, cabaran yang sepatutnya berlangsung selama 13 hari itu terpaksa dibatalkan akibat insiden berkenaan dan penganjur, Isa memohon maaf pada lelaki berkenaan dan turut menawarkan untuk membawa wanita tersebut ke hospital bagi dirawat.

Aqilah Paharuzi