Categories: #LaguXTRATrending

#LaguXTRA: Siti Khadijah Halim Lebih Menjiwai Lagu Lama, Dedah Tak Pernah Jatuh Cinta Pandang Pertama!

Minggu ini segmen Lagu XTRA membawa pelakon cantik, Siti Khadijah untuk berkongsi lagu kegemarannya.

Menurut Siti, lagu yang sering dimainkan adalah lagu nyanyian Santana dan Michelle Branch yang berjudul The Game of Love.

“Saya suka lagu The Game of Love by Santana and Michelle Branch sebab lagu tu about love at first sight, an experience I never had,” ujarnya ketawa.

Manakala lagu kegemaran sepanjang zaman Siti ialah daripada penyanyi tanah air iaitu Misha Omar yang berjudul Semoga Abadi.

“My all time favorite is Semoga Abadi by Misha Omar which is also my go to karaoke song. Plus saya minat sangat dekat Kak Mitch (Misha Omar),” kongsinya.

Disoal sama ada lagu lama atau lagu sekarang yang menjadi pilihan, dia lebih memilih lagu-lagu lama kerana lebih dekat dengan jiwanya.

“Saya suka lagu lama lebih sikit sebab dekat dengan jiwa saya kot haha.

“Lagipun, lagu lama more classy. Lirik dia more meaningful and has beautiful melody,” jelasnya.

Maya Basir