Categories: Trending

“Lain Macam Akak Ni Punya Mengidam” – Netizen Geram Tonton Video Viral Wanita Hamil 7 Bulan Terjatuh Ketika Tunggang Kuda

Sebuah potongan visual memaparkan seorang wanita yang sedang sarat hamil terjatuh ketika sedang menunggang kuda menjadi tular di laman sosial Twitter.

Mencuri tumpuan warganet, video dengan durasi 52 saat yang kini meraih lebih 51,000 tontonan itu memaparkan wanita mengandung terbabit menjerit kesakitan selepas dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke tanah.

Ramai wargamaya menyifatkan aktiviti yang dilakukan oleh wanita hamil itu tidak bersesuaian dan bahaya untuk kandungannya.

Menerusi respons warganet di Twitter, wanita hamil berkenaan merupakan seorang usahawan kosmetik pemilik jenama Secret Correa yang dikenali sebagai Cik Puan Azila.

Mengetahui video terbabit tular di internet, Cik Puan Azila tampil menjernihkan keadaan dan memberikan penjelasan.

“Assalamualaikum wbt. Semoga hari ini hari yang indah untuk semua. Sesuatu yang luar biasa terjadi semalam apabila video saya jatuh dari kuda (tergelincir sebenarnya) tiba-tiba gone viral di media social, di Twitter seperti mana di dimaklumkan.

“Bertubi-tubi panggilan telefon dari keluarga dan kawan-kawan yang concern keadaan saya. Ya saya faham, mungkin sebab saya tengah sarat mengandung tujuh bulan, sebab tu ramai yang risaukan keadaan saya.

“Alhamdulillah saya okay je, tak ada yang serius so far. Syukur kepada Allah SWT. Masa dapat tahu video saya viral, sempatlah tengok perbualan dekat Twitter.

“First time kena kecam memang tak terhadam membaca komen-komen netizen yang kata sendiri cari pasal sendiri tanggunglah, cari penyakit dan macam-macam lagilah. Mujurlah emosi ibu mengandung tak terganggu sangat. Mental fizikal orang bisnes kena kuat!

“Bagi yang bagi kata-kata semangat dan mendoakan kandungan saya selamat. Alhamdulillah terima kasih ya. Paling yang saya suka ada yang ingat saya tak pregnant sebab ade yang kata badan kecik. Ye ke? Itu kena guna #LosyenSecretCorrea lah ye,” tulis.

Tambah Azila, dia menunggang kuda miliknya sendiri danaktiviti terbabit memudahkan proses bersalin.

“Sebenarnya menunggang kuda ketika hamil ni bukan tak boleh tapi cuma kena berhati-hati.

“Macam dalam video tu sebenarnya saya override saja tapi berlaku sedikit kesilapan teknikal hingga tergelincir. Setakat pusing-pusing joy ride tak apa, melainkan trot atau canter dalam arena memanglah tak sesuai dalam keadaan sarat macam ni.

“Sebenarnya saya penunggang kuda dan White Rose adalah kuda saya sendiri. Dah lama tak jumpa dia. Rose ibarat anak saya.

“Saya rindu dekat Rose sebab berbulan jugalah tak jenguk dia. Saja nak melawat dia sebelum bersalin. Tuan kuda dengan kuda kena ada bonding. Sekali sekala kena datang tanya khabar.

“Apapun terima kasih kepada yang menegur, mengecam dan yang risau terhadap seorang ibu hamil ini. Doakan saya selamat bersalin ya. Bila jatuh jangan lupa untuk bangkit lagi. Itu sikap orang-orang yang berjaya! Assalamualaikum,” tulisnya lagi.

Padin