Categories: Trending

Lebih 4 Juta Pekerja Dapat Manfaat Dalam Pakej Prihatin Tambahan PKS!

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan Pakej Prihatin PKS (Tambahan) pada jam 4 petang semalam.

Kalau ada yang masih belum tahu, Pakej Prihatin PKS merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu perniagaan mikro dan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menghadapi impak penularan COVID-19.

Kerajaan prihatin terhadap bebanan yang dialami peniaga-peniaga di Malaysia apabila 82 peratus PKS menjangkakan akan menghadapi kerugian tahun ini kerana tiada pendapatan, manakala 15 peratus pula hanya mencatatkan balik modal menerusi sebuah tinjauan Perasatuan PKS Malaysia.

Oleh itu, melalui Pakej Prihatin Tambahan yang diumumkan semalam, sebanyak 4.8 juta pekerja dijangka mendapat manfaat daripada Prihatin Tambahan.

 

Subsidi Upah Dinaikkan

Muhyiddin berkata, peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion.

Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:

Teks Perutusan Khas PKS

Geran Khas PRIHATIN

Selain itu, katanya kerajaan juga mewujudkan Geran Khas Prihatin berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.

Teks Perutusan Khas PKS

Di akhir ucapannya, Perdana Menteri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas di barisan hadapan yang menjalankan amanah dengan penuh dedikasi.

Semoga peluang yang diberikan ini dimanfaatkan sebaiknya untuk tujuan kebaikan bersama.

 

https://www.youtube.com/watch?v=XeT9_OOYCj8
Kredit: Youtube Buletin TV3

 

Syafiqa Irdina