Categories: Trending

“Saya Tahu Ucapan Saya Jadi Lagu Rap, Kayuh Basikal Dalam Rumah Dan Trend Pakai Baju Kelawar Isteri” PM Akui Ianya Luar Biasa!

Rakyat Malaysia teruja dengan ucapan PM kali ni!

Kalau semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat berseloroh dalam ucapannya mengenai aktiviti yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sepanjang tempoh PKP.

Malah, PM juga sempat memberitahu ucapannya tidak “ke sana, ke sini” turut menjadi remix dan lagu rap.

Sumber : Google

“Saudara saudari yang saya kasihi sekalian, saya tahu setelah tiga minggu berkurung di rumah, mungkin ada di antara saudara saudari yang rasa agak terbeban dengan dugaan dan ujian tuhan ini

“Selama tiga minggu ini kita terhalang daripada melakukan perkara-perkara yang biasa kita buat. Kita tinggalkan hobi kita, kita tinggalkan pekerjaan kita, kita rindukan kawan-kawan dan keluarga yang berjauhan. Pendek kata kehidupan kita ini amat berbeza”

Sumber : Google

Beliau turut menambah, sepanjang tempoh PKP ini juga, kelihatannya ada suami yang memakai baju kelawar isteri dan itu agak luar biasa.

“Saya lihat di media sosial, ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri, agak luar biasa. Ada yang mengayuh basikal dalam rumah. Ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu rap.

Sumber : Google

Namun, PM juga berharap kejadian ini bukanlah sesuatu yang pelik. Dan menyifatkan semua ini adalah hasil kreativiti masyarakat Malaysia khasnya untuk menghilangkan rasa bosan akibat PKP.

“Yang penting saya fikir saudara-saudari mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi dugaan dan ujian ini

“Dan saya yakin Tuhan tidaklah menguji atau membebani kita dengan sesuatu yang tidak boleh kita tanggung,” kata Muhyiddin ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) PKS Tambahan bernilai RM10 bilion bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS)” Jelasnya ketika Perutusan Khas yang berlangsung di Putrajaya pada Isnin.

Tambahnya lagi, pakej rangsangan ekonomi ini dijangka mampu meringankan beban usahawan PKS.

Salma Syahbuddin