Bila sebut je Red Bull, min pasti teringat masa kecil-kecil dulu bila nak jalan jauh atau pulang ke kampung, minuman Red Bull pasti akan menemani ayah memandu sepanjang perjalanan.
Begitu juga dengan pemandu bas, lori, rider servis penghantaran, Red Bull ni dah jadi macam kawan baik dah. Yelah, bila memandu sambil bekerja ni kena gunakan daya konsentrasi dan tenaga yang lebih untuk sampai ke destinasi dengan selamat dan dalam masa yang sama tugas pun dapat diselesaikan dengan baik.
Bila dah bertenaga, barulah bersemangat nak buat kerja. Takdelah lemau je sepanjang hari. Betul tak?
Jadi, mesti perlukan minuman tenaga yang dapat membantu meningkatkan fokus dan tenaga, sekaligus menjadikan kita yakin dengan kebolehan diri sendiri!
Antara yang sering menjadi pilihan dan kegemaran rakyat Malaysia, tak lain tak bukan Red Bull Gold dan Red Bull Plus.
Mana taknya, Red Bull adalah minuman tenaga yang mengandungi bahan-bahan berkualiti tinggi seperti vitamin dan nutrien penting yang mampu meningkatkan daya tahan, kewaspadaan dan tumpuan korang.
Diperkaya dengan 360EnergyPro, Red Bull Gold ialah minuman berfungsi yang mengandungi bahan-bahan seperti Taurin, Glucuronolactone, Vitamin B3, B5, B6 dan B12.
Ia juga diformulasikan dengan campuran asid amino, karbohidrat dan Vitamin B yang berkhasiat untuk merangsang metabolisme badan dan meningkatkan prestasi mental dan ketahanan fizikal.
Buat korang yang mengamalkan gaya hidup aktif dan bekerja di luar, Red Bull Gold adalah pilihan tepat buat korang kekal fokus dan bertenaga. Secara tak langsung, ia juga adalah teman sempurna untuk aktiviti harian korang yang aktif dan sibuk.
Mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, Red Bull Plus pula adalah minuman tenaga zero sugar yang diperbuat dengan ekstrak guarana semula jadi yang tinggi dengan Vitamin B3, B6 dan B12.
Ia juga adalah pilihan terbaik buat korang yang mencari minuman tenaga tanpa kandungan gula, tetapi masih mempunyai rasa yang lazat untuk dinikmati. Tersedia dalam perisa sitrus tropika, ia mampu membuatkan korang terus bersemangat sepanjang hari tanpa bimbang dengan kadar kandungan gula yang tinggi.
Sama ada korang adalah seorang pelajar, ahli sukan atau bekerja di bawah bahang matahari, korang boleh nikmati rasa hebat Red Bull Plus tanpa rasa bersalah, sekaligus kekal bertenaga dan fokus untuk tugasan seharian.
Untuk pengetahuan korang, bermula 15 Ogos sehingga 30 September 2023 ini, Red Bull menganjurkan peraduan Trust Your Energy, di mana korang berpeluang untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM325,000! Wohoo!
Antara hadiah-hadiah yang korang bakal miliki pula adalah:
Amacam? Best gila kan semua hadiah yang ditawarkan ni!
Haa..syarat nak menyertainya pun mudah je. Ikuti langkah-langkah di bawah ni:
Senang je kan? Jadi, apa tunggu lagi, jom sertai peraduan Trust Your Energy ni dan dapatkan minuman tenaga Red Bull untuk hari-hari yang lebih bersemangat dan meyakinkan!
Mira Filzah tenang balas tuduhan netizen isu #blackout2024
😂 Welcome to the club, Ubai 🤪
Alhamdulillah
Fuhh, banyak tu RM50 k! 🤩
Haa teguran untuk apa tu?