Kongsi Foto Bersama ‘Dulang Boys’, Mas Khan Bakal Menamatkan Zaman Bujang?

Pelakon dan usahawan Mas Khan seakan memberi bayangan bahawa dirinya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia memuat naik hantaran bersama salah seorang rakannya yang bakal membawa dulang hantaran di hari pernikahannya.

“One of my Dulang Boys,” tulisnya.

Malah, dia juga tidak menafikan kenyataan peminat yang bertanyakan sama ada dirinya bakal berkahwin serta mendoakan yang terbaik buatnya.

“Are you getting married? Brokennya I kalau you kahwin nanti. Because I’ve had a crush on you since I was 13. I always pray the best for you Mas Khan. Thank you sebab jadi inspirasi untuk I,” kata peminatnya.

“Aww. Thank you. I pray for you too #doayangbaikbaik,” balas Mas Khan.

Terdahulu, Mas Khan pernah melamar ibu tunggal kepada tiga orang anak pada 18 November 2021 namun putus kerana tidak berjodohan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Khan Berhabis Duit Berpuluh Ribu Buat Rumah Terbuka, Rancang Kahwin Tahun Ini Tak Jadi?

Maya Basir