Categories: Trending

Lepas Berlakon, Menyanyi Pula… Netizen Teruja Cik B Bakal Muncul Dengan Single Sendiri

Wah! Sejak membintangi drama Lelaki Lingkungan Cinta, nampaknya rezeki Cik B semakin bertambah.

Walaupun baru berusia 15 tahun, Cik B ternyata berani mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian. 

Terbaru, menerusi laman Instagramnya Cik B mengumumkan akan muncul dengan single baru.

“Cik B akan release lagu Cik B 1 Disember ni pasal life Cik B. Lagu ni dah lama dah buat tapi baru nak release.

“Lagu ni best kalau orang tu boleh relate sebab lagu ni sangat deep hehe! 1 Disember okay? Nanti dengar tau,” kongsinya.

Sebelum ini, Cik B sering berkongsi minatnya dalam genre muzik rap di laman Instagram dengan memuat naik beberapa video. 

Rata rata peminat nampaknya teruja dengan pengumuman ini. All the best, Cik B!

Apapun, jom tengok recap drama Lelaki Lingkungan Cinta di bawah:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”