Categories: Trending

Luah Rasa Syukur & Gementar, Ariff Bahran Bakal Timang Cahaya Mata Pertama

Penyanyi Ariff Bahran, atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 24, berkongsi bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bahran meluahkan rasa syukurnya biarpun gementar dalam masa yang sama untuk menanti kelahiran cahaya mata pertama bersama isteri.

“Been waiting for the right time to share this lovely news to all my friends. Alhamdulillah dan insya-Allah, jika ada rezeki dan tiada aral melintang, Bahran akan jadi seorang ayah. Kinda Nervous & also thrilled at the same time,” tulis Bahran.

Selain itu, pelantun lagu Juara Dusta itu juga memaklumkan usia kandungan isterinya, Amirah Syzwani Ridzuan, atau dikenali sebagai Myra Ridzuan telah memasuki enam bulan dan tidak mengalami sebarang alahan.

“Sekarang dah di hujung second trimester (24 minggu 5 hari). Tiada alahan, tiada morning sickness, semoga urusan wife Bahran terus dipermudahkan. Doakan my wife & baby sihat dan selamat sehingga bersalin,” katanya.

Perkongsian itu turut mendapat respons dari peminat dan selebriti yang lain yang rata-ratanya memberikan ucapan tahniah dan doa buat pasangan itu.

Bahran dan Myra mendirikan rumah tangga pada 3 September tahun lalu.

Fatin Nurain