Categories: Trending

M Sugu Didakwa Miliki Senjata Berbahaya, Penjara 10 Tahun Jika Bersalah

Baru-baru ini timbul isu apabila rumah tangga pasangan Youtuber masakan terkenal, Sugu Pavithra dikatakan bergolak.

Pavithra didapati membuat laporan polis berikutan mengalami kecederaan dipercayai berpunca dari dipukul suaminya, M Sugu.

Terbaru, M Sugu, 29 tahun telah didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sabit sepanjang 26 inci.

Dakwaan itu dilakukan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Penjara 10 tahun jika bersalah

M Sugu bakal berdepan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan jika didapati bersalah.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 17 Ogos depan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”