Categories: Trending

Kes Covid-19 Di Malaysia Dijangka Alami Peningkatan Mendadak – Dr Noor Hisham

Jangan ambil mudah!

Ini kerana Malaysia bakal berdepan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak dalam masa terdekat.

Peningkatan kes dalam masa terdekat

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kini negara menyaksikan pertambahan kes baharu yang berganda.

” Hari ini kadar kebolehjangkitan kita ialah 1.36. Jadi, apa yang membimbangkan kita kalau kadar kebolehjangkitan meningkat lebih 1.6 bererti kita akan mendapat peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh masa terdekat” Katanya.

Langkah Penyelesaian adalah patuhi SOP

Dr Noor Hisham Abdullah juga turut merayu kepada semua rakyat Malaysia agar mematuhi pelaksanaan SOP iaitu, amalkan penjarakkan sosial, mencuci tangan dengan kerap dan sentiasa memakai pelitup muka.

Ini kerana, walaupun penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bermula pada 1 Ogos nanti, rakyat Malaysia seharusnya sudah mewajibkan pemakaian pelitup muka terhadap diri sendiri dan keluarga kerana ia mampu mengurangkan risiko jangkitan sehingga 60 peratus.

Malah, sekiranya penjarakkan sosial diamalkan di kalangan rakyat Malaysia, peraturan penularan juga boleh dikurangkan sehingga 65 peratus.

Salma Syahbuddin