Categories: Trending

Mabuk Punya Pasal, Lelaki Ini Tergamak Merogol Nenek Umur 100 Tahun

JIJIKNYA! Angkara minum alkohol sehingga mabuk, seorang pemuda merogol wanita berusia 100 tahun.

Kejadian yang berlaku di sebuah perkampungan di Bengal Barat ternyata menimbulkan kemarahan penduduk.

Sebaik sahaja polis tiba, mereka mendapati Abhijit Biswas, 20, sedang bersembunyi di bawah katil. Warga emas tersebut kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana berada dalam keadaan lemah. Namun, dia dilaporkan stabil.

Biswas turut mengaku kepada pemberita bahawa dia berada di bawah pengaruh alkohol dan tidak sedar dengan tindakannya itu.

Pemuda tersebut kini direman 14 hari dan sedang menunggu pendengaran kes kali kedua di mahkamah.

Difahamkan, wanita  itu dibawa ke hospital selepas insiden itu tetapi dibenarkan pulang pada Rabu.

SGMS Faida