Afgan – Rossa Sebenarnya Dah Kahwin?

 Spekulasi hubungan penyanyi Afgan dan Rossa sudah lama diperkatakan. Nampak macam bercinta tapi keduanya sangat tertutup dalam bercakap tentangnya.

Baru-baru ini, desas-desus mengatakan pasangan berbeza usia 11 tahun ini sudah berkahwin di sebuah majlis tertutup. Betul ke? 

Menurut Liputan6.com, Afgan mengaku ramai yang bertanyakan soalan serupa kepadanya.

“ Saya belum berkahwin tetapi saya terima ucapan selamat dengan hati terbuka.

“ Doakan saya segera bertemu jodoh walau dengan siapapun calon itu nanti, doakan yang terbaik,” kata penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu.

Dalam masa sama, Jakarta.tribunnews.com melaporkan Rossa mengaku dia masih bersendiri dan belum bergelar isteri kepada sesiapa.

“ Saya pasti akan kongsi berita gembira ini jika rancangan berkahwin menjadi kenyataan,” katanya ringkas.

Gosip perkahwinan Afgan-Rossa bermula apabila jurumekap artis terkenal, Bubah Alfian menjawab persoalan netizen ‘Bubah, Afgan – Rossa apa khabar?  di LIVE Instagramnya.

Nampaknya jawapan ‘ Udah Nikah’ itu membuatkan rata-rata peminat terkejut. Difahamkan, video tersebut juga telah dipadam tidak lama selepas itu.

SGMS Faida