Categories: Trending

Macam Tak Percaya, Siaran Youtube Down!

Macam pelik, tapi itulah hakikatnya!

Pagi ini sahaja siaran Youtube tergendala seketika. Namun, pihak Youtube sedang menyiasat laporan tentang masalah yang berlaku di laman webnya itu selepas beberapa pengguna mengemukakan aduan terhadap siaran video mereka.

Berhubung perkara tersebut juga, Youtube mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna setianya kerana melaporkan tentang masalah tersebut.

” Terima kasih kerana melaporkan isu Youtube, Youtube TV, dan Youtube Music.”

” Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara ini dan akan memberitahu anda apabila ianya sudah diperbaiki.” Kenyataan Youtube menerusi laman Twitter rasminya. 

Salma Syahbuddin