Categories: Trending

Mahu Kelainan, Bapa Ini Nekad Namakan Anak Google

Seorang bayi lelaki menjadi tumpuan netizen apabila bapanya menamakan anaknya itu, Google.

Bapanya, Andi Cahya Saputra memberitahu dia berhasrat menamakan anaknya berkaitan teknologi.

“ Saya dan isteri bergaduh kerana nama Google. Isteri tanya saya kenapa tidak beri nama Instagram atau Google sahaja?.

“ Saya jawab Instagram hanya sosial media manakala Youtube hanya kongsikan video. Tetapi Google, hampir semua orang gunakannya. Jadi saya harap anak saya juga menjadi orang yang suka membantu orang lain seperti Google,” katanya.

Ibunya, Ella Karina menerima nama itu dengan hati terbuka dan dalam masa sama dia berharap bayi lelaki itu dapat menjadi pemimpin yang suka membantu orang lain.

Difahamkan, bayi ini lahir pada 30 November 2018 do Jawa Barat, Indonesia.- World Of Buzz

SGMS Enal