Categories: FeaturedTrending

“Makan Je Depan Saya Bulan Puasa, Perkara Itu Tidak Biadab” – Izara Aishah

Isu golongan wanita yang uzur (tidak dapat berpuasa) dan makan secara terbuka di khalayak menjadi perbincangan hangat di laman sosial.

Berikutan tular rakaman Tiktok seorang wanita yang tidak berpuasa dan makan secara terbuka ramai yang menyuarankan pandangan masing masing.

Terbaru, selebriti Izara Aishah menyatakan pendiriannya di laman Twitter.

Menurut Izara, beliau tidak kisah sekiranya golongan bukan Islam mahupun golongan wanita Muslim yang tidak dapat berpuasa menjamu makanan di hadapannya sepanjang bulan Ramadan.

Malah Izara sendiri turut mengatakan bahawa Islam bukanlah satu agama yang sukar malah amalan makan secara sembunyi di hadapan orang yang sedang berpuasa adalah lebih menjurus kepada budaya.

Walaubagaimanapun, segelintir netizen kurang setuju dengan pandangan Izara dan ada juga yang bersetuju dengan pendirian pelakon itu.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”