Categories: FeaturedTrending

Kongsi Foto Anak Ke-2, Muhammad Afwa Nama Baby Boy Siti… Turut Lancar Muzik Video Terbaru “Anaknda”

Umum maklum, penyanyi no 1 tanah air, Dato Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan cahaya mata kedua beliau pada minggu lalu.

Terbaru, menerusi laman Instagramnya, penyanyi itu akhirnya berkongsi wajah dan nama anak keduanya yang diberi nama Muhammad Afwa.

“Kami menamakan anak kedua kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan dan kemaafan.

“Afwa melengkapi Afiyah dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa Afiyah” tulisnya.

Hantaran itu kini menerima ribuan likes daripada netizen dan rata rata rakan selebriti dan peminat turut menghujani ruangan komen serta merakamkan tahniah buat penyanyi no 1 negara itu.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan pelancaran video muzik terbaru berjudul Anaknda.

Tambah beliau lagi, Anakanda menggambarkan harapan ibu bapa terhadap jati diri anaklelaki serta mahu menerapkan sisi bertanggungjawab terhadap orang sekeliling.

” Melagukan lirik yang positif, bermoral dan menerapkan asas yang baik jugamembantu perkembangan minda anak-anak. Anakanda bukan sahaja bentukharapan yang dilagukan oleh saya tetapi harapan setiap insan yang memiliki cahaya mata,” kata Siti.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”