Categories: Trending

Akhirnya Neelofa & Keluarga Dikompaun RM60,000

Setelah beberapa kes siasatan dibuka oleh pihak polis berkenaan isu perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) melibatkan selebriti dan usahawan Noor Neelofa Mohd Noor bersama suami dan 20 ahli keluarga lain, akhirnya kontroversi ini terjawab apabila Neelofa dan keluarga dikenakan kompaun sebanyak RM60,000.

Berdasarkan laporan perincian kompaun seperti yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur, ACP Mohamad Zainal Abdullah, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32,  perlu membayar kompaun sebanyak RM20,000 bagi dua kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN : Kompaun Bakal Dikeluarkan Buat Neelofa Dan PU Riz

ARTIKEL BERKAITAN : “Saya Dengan Seikhlas Hati… ” – Permohonan Maaf Neelofa Secara Terbuka Isu Langgar SOP

ARTIKEL BERKAITAN : Neelofa Dan Suami Akhirnya Tampil Rekod Keterangan Isu Langgar SOP

ARTIKEL BERKAITAN : “Beri Saya Ruang…” – Neelofa Respons Dakwaan Kahwin Langgar SOP & Berbulan Madu Di Langkawi

 

Kesalahan pertama ialah larangan pematuhan SOP di majlis pernikahan beliau dengan PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dengan kompaun sebanyak RM10,000 tanpa diskaun dibenarkan. Manakala, RM10,000 lagi dikenakan kerana melanggar kebenaran atas tujuan merentas negeri.

PU Riz pula dikenakan kompaun RM10,000 atas kesalahan melanggar kebenaran merentas negeri.

Selain itu, bagi ahli keluarga yang terlibat kompaun sebanyak RM1,500 seorang dikenakan kepada 20 ahli keluarga selebriti itu apabila mereka didapati gagal untuk memastikan penjarakkan sosial semasa majlis perkahwinan berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN : “Kami Akan Ambil Tindakan” Neelofa & Suami Dipanggil Beri Keterangan Isu Langgar SOP – KPN

ARTIKEL BERKAITAN : “Bukan Honeymoon!” – Neelofa Ke Langkawi Atas Urusan Kerja, Netizen Jangan Terus Buat Spekulasi

ARTIKEL BERKAITAN : “Semua Okay…” Pengurus Majlis Perkahwinan & Pembantu Peribadi Neelofa Hadir Beri Keterangan

ARTIKEL BERKAITAN : Gagal Patuh SOP, Polis Siasat Majlis Kahwin Neelofa

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin