Categories: Trending

Malaysia Perlu 28 Hari Untuk Capai Sifar Kes COVID-19, Mampu Atau Tidak?

Semalam, ketika sidang media COVID-19 berlangsung Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa Malaysia memerlukan 28 hari untuk mencapai kes sifar COVID-19.

Persoalan yang bermain di fikiran ramai ketika ini, mampu atau tidak Malaysia mencapai angka sifar seperti yang dinyatakan?

Di ambang PKPP ini, semakin banyak kelonggaran diberikan. Bermula dengan aktiviti rentas negeri, pengangkutan awam seperti pesawat, bas ekspres, e-teksi dibenarkan beroperasi tanpa had kepada pembukaan sekolah, masjid dan surau dan sebagainya.

Tiada lagi Polis dan ATM di setiap jalan raya untuk memberi peringatan kepada kita. Tiada lagi peraturan ketat yang tidak membenarkan rakyat Malaysia keluar dari rumah.

Semuanya terletak di tangan kita pada saat ini. Jika kita arif dan patuh SOP mungkin kita mampu mencapai kes sifar seperti yang dicapai New Zealand. Jika tidak, mungkinkah akan lebih parah seperti Brazil?

Semoga Malaysia kekal aman dan sama-sama kita berjuang perangi wabak ini. Tiada apa yang mustahil. Malaysia Boleh!

Kredit foto utama: Malaysia Kini

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”