Categories: Trending

Bikin Sebak! Anak Buat Kejutan Untuk Ibu Bapa ‘Istimewa’ Sempena Hari Ulang Tahunnya

Khidmat penghantaran hadiah bukanlah baru dikalangan masyarakat kita hari ini.

Namun, siapa sangka khidmat penghantarannya kali ini jauh berbeza berbanding sebelumnya. Al-maklumlah, perasaan sebak sebaik sahaja melihat kelibat pasangan suami isteri yang juga merupakan ibu bapa kepada si pengirim ini begitu ‘istimewa’.

Sure undang sebak!

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Siti Sarah sempat berkongsi momen manis ini bersama pengikutnya dilaman sosial miliknya itu.

Video berdurasi 2 minit dan 17 saat itu menunjukkan pasangan suami isteri yang mempunyai masalah penglihatan ini telah menerima kejutan daripada anak mereka sempena hari ulangtahun kelahirannya.

Sumber : Facebook

Kakak delivery siap bacakan ucapan si anak buat ibu bapa tersayang

Sebagai seorang yang profesional dalam pekerjaan beliau, Siti Sarah mengakui, beliau berasa sebak dengan tindakan si anak yang sempat memberikan kejutan sempena hari ulangtahun kelahirannya. Malah ucapan yang ditulis juga betul-betul menyentuh hati beliau.

Perkongsian ini juga ternyata mendapat perhatian netizen apabila rata-rata mereka sebak dengan kasih sayang dan ingatan seorang anak terhadap kedua ibu bapanya yang cukup istimewa ini.

Diharap perkongsian ini mampu memberi manfaat buat anak-anak remaja diluar sana agar sentiasa berbakti buat kedua ibu bapa walau dimana jua kita berada.

Salma Syahbuddin