Categories: Trending

Mana Pergi Sifat Kemanusiaan Bila Orang Utan Ini Dijadikan ‘Pelacur’

Pony, seekor orang utan malang yang diselamatkan oleh The Borneo Orangutan Survival Foundation (BOSF) daripada kekejaman manusia yang menjadikan haiwan ini sebagai ‘pelacur’.

Menurut sumber Mirror.uk, bulu-bulu Pony akan dicukur dan haiwan ini akan dirantai di tempat tidur untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki. Tujuan penculiknya melakukan Pony sebegini rupa adalah untuk menjadikan haiwan ini sebagai sumber pendapatannya. Dan, kejadian ini berlaku di Kalimantan Indonesia sejak bertahun-tahun lamanya sebelum Pony dibebaskan.

Namun, haiwan malang ini akhirnya dibebaskan pada tahun 2003 ketika berusia 6 tahun. Tetapi memerlukan masa selama 15 tahun untuk pulih daripada trauma yang dialaminya.

Selepas sahaja diselamatkan, Pony akhirnya dibawa ke Pusat Rehabilitasi Nyaru Menteng di Kalimantan tetapi dengan keadaan yang sangat menyedihkan. Dan, para lelaki tidak dibenarkan berada disekitar nya kerana terlalu trauma akibat perlakuan kejam keatasnya.

Bagaimanapun, Pony kini semakin pulih dan sihat dan berada di sebuah kandang bersama tujuh orang utan yang lain.

 

Salma Syahbuddin