Jarang Dapat Tawaran Berlakon, Fiza Thomas Kecil Hati?

Penyanyi kecil molek ini dikenali sebagai Afi sewaktu menyertai sebuah program realiti satu ketika dahulu. Namun begitu, dia mengambil keputusan menukar nama pentas kepada Fiza Thomas.

Kata Fiza, walaupun pernah memegang watak pembantu dalam beberapa drama popular sebelum ini, dia mengaku jarang menerima tawaran berlakon.

“ Saya tidak kecil hati tetapi kadang-kala hairan juga kenapa susah dapat tawaran sedangkan saya pernah pegang watak pembantu dalam drama Bini Aku Dari Neraka.

“ Saya ibarat sudah ‘berlari’ dalam industri lakonan. Saya pernah diberitahu watak untuk saya tidak boleh turun ke ekstra. Sebernarnya, saya okay sahaja.

“ Namun begitu, saya berterima kasih kepada pihak yang memandang tinggi terhadap bakat saya dalam industri,” katanya kepada xtra.com.my.

Dalam perkembangan lain, Fiza kini aktif dalam dunia teater muzikal.

“ Saya bakal tampil dengan teater Mud The Musical bermula 14-22 Disember ini. Selepas itu saya akan masuk ke set sebuah teater di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

“ Mud The Musical lebih fokus kepada kanak-kanak. Saya memainkan watak sebagai mentor dalam teater itu nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Fiza turut memasang impian untuk menghasilkan single terbaru pada masa akan datang.

“ Saya rasa belum sesuai lagi waktu untuk keluarkan single. Buat masa ini, saya mahu fokus dalam dunia teater dahulu,” akhirinya.

SGMS Faida