Categories: Trending

Mandi Seminggu Sekali Rahsia Kekal Cantik, Nampak Muda

Seorang pereka fesyen berusia 76 tahun mendedahkan rahsianya untuk kekal awet muda adalah dengan hanya mandi sekali seminggu.

”Jangan mandi terlalu kerap,” kata Vivienne Westwood.

Perkara berkenaan didedahkan ketika dia dan suaminya, Andreas Kronthaler, ditanya oleh wartawan di Minggu Fesyen Paris mengenai rahsia mereka menjaga penampilan diri.

”Dia (Vivienne) hanya mandi sekali seminggu. Sebab itu dia nampak berseri-seri. Saya sendiri, hanya mandi sekali sebulan,” kata Andreas.

Menurut The Guardian, antara lain rahsia untuk mereka berdua kekal ceria dan muda adalah mengamalkan pemakanan berasaskan sayur-sayuran.

Sumber: The Guardian

SGMS Enal