Categories: Trending

Masjid, Surau Di Zon Merah Di Pulau Pinang Masih Dibuka

Walaupun beberapa kawasan di Pulau Pinang, diisytiharkan zon merah, namun kerajaan negeri belum memutuskan untuk menutup masjid dan surau di kawasan yang berada dalam zon merah Covid-19 di negeri itu.

Aktiviti keagamaan di masjid dan surau berjalan seperti biasa.

Menurut Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman, aktiviti keagamaan di masjid dan surau masih berjalan seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Setakat ini kita belum ambil tindakan memperketatkan apa yang diamalkan di masjid dan tempat berkumpul (dalam zon merah).

“Di masjid agak tersusun dan kita sedang memikirkan untuk meningkatkan SOP daripada segi kebenaran untuk hadir ke masjid atau mungkin kita akan memendekkan waktu berjemaah (berada di masjid).

Semalam, kes COVID-19 merekodkan peningkatan  kes baru iaitu sebanyak 847.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”