Categories: Trending

[VIDEO] Mantap! KKM Hasilkan Animasi DG Noor Hisham Bersama Boboiboy Untuk Kempen Cegah Covid-19

Pelbagai cara telah dilakukan untuk memupuk tabiat norma baharu di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya dalam memutuskan rangkaian penularan Covid-19.

Justeru itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama penerbit animasi Boboiboy, Animonsta Studios tampil dengan sebuah video animasi pendek berdurasi 1 minit yang telahpun dimuat naik menerusi akaun twitter KKM.

Video animasi gandingan Dr Noor Hisham Abdullah bersama kartun Boboiboy ini telahpun di tonton sebanyak 93.3k sebaik sahaja ianya dimuat naik pada Rabu.

“Sampai macam ni sekali KKM puts effort…”

Rata-rata netizen memuji tindakan pihak KKM dan Animonsta kerana menghasilkan video animasi tersebut terutamnya dalam mendidik anak-anak atau generasi muda kita untuk mencegah Covid-19. Tahniah!

Sumber : Twitter KKM

Diharap, semua pihak tidak kiralah tua, muda atau kanak-kanak sekalipun marilah kita sama-sama berganding bahu membanteras Covid-19. Ingat, Patuh CAPP okay!

Salma Syahbuddin