Categories: Trending

Masjidil Haram Ditutup Pada Hari Wukuf & Aidiladha

Demi keselamatan jemaah serta persiapan ibadat haji pada tahun ini, Masjidil Haram akan ditutup pada Hari Wukud dan Aidiladha.

Menurut pegawai keselamatan Saudi, keselamatan Masjidil Haram di Makkah akan sentiasa diutamakan bagi melindungi jemaah.

Peraturan Baharu Dibuat

Beliau juga berkata, peraturan baharu itu dibuat iaitu arah perjalanan untuk tawaf mengelilingi Kaabah ditentukan termasuk menuju ke bukit Safa dan Marwah sudah dibuat selain hanya mereka yang mempunyai kebenaran rasmi dibenarkan memasuki Masjidil Haram.

Peraturan tersebut dibuat bagi mengawal kemasukan dan keluar jemaah ke Masjidil Haram, selain memastikan penjarakan sosial dan keberkesanan langkah terhadap COVID-19, lapor agensi berita Arab News.

Disebabkan pandemik itu, Masjidil Haram ditutup kepada jemaah untuk hari Wukuf dan Aidiladha.

Sumber: Berita Harian

Syafiqa Irdina