Categories: Trending

Gara-Gara Tidak Sebut Nama Ketika Majlis Anugerah, Punca Youtuber Terkenal Ini Didera

Kecoh apabila berita mengenai suami kepada Youtuber masakan terkenal ditahan tiga hari akibat mencederakan isteri beliau.

Nama tidak disebut isteri

Memetik laporan Berita Harian, suspek yang berusia 29 tahun itu bertindak demikian akibat merasa berang kerana namanya tidak disebut oleh isteri ketika menerima anugerah penghargaan baru-baru ini.

Menurut sumber,  kejadian itu dikatakan menjadi antara punca pasangan terbabit bertengkar ketika mereka berada di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh. Malah ianya berlarutan sehingga Selasa dimana suspek pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

Suspek dipercayai dalam pengaruh alkohol

Kejadian yang berlaku pada jam 5.54 petang pada Selasa itu mendapati, pengawal keselamatan telah menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan.

Dan, ianya dipercayai suami kepada Youtuber terkenal tersebut sebelum suspek dipercayai memukul dan mendera isterinya.

Sumber sama berkata, suspek dipercayai mencari abang ipar isterinya susulan masalah keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan tangkapan lelaki berkenaan yang kini dalam tahanan reman.

” Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan kami percaya kes ini berhubung masalah keluarga,” katanya.

Salma Syahbuddin