Categories: Trending

Suami Youtuber Masakan Terkenal Ditahan, Disyaki Cederakan Isteri

Suami kepada Youtuber yang terkenal dengan program masakan, dikenakan perintah reman selama tiga hari mulai hari ini oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana disyaki mendera isterinya.

Lelaki yang berusia 29 tahun dan memakai pakaian berwarna ungu serta digari itu telah dibawa dengan van polis ke Mahkamah Majistret, kira-kira jam 10 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan lelaki terbabit.

“Polis masih menyiasat kejadian ini yang kita percaya berlaku kerana masalah dalaman keluarga,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover