Trending By: SGMS Enal September 17, 2019 @ 12:37pm

Mati Ditikam Dalam Pergaduhan Di Sadao

Seorang lelaki warga Malaysia maut selepas ditikam oleh seorang pengawal keselamatan dalam pergaduhan di Sadao, Songkhla, selatan Thailand awal pagi tadi.

Kejadian berlaku pukul 2 pagi (waktu tempatan) apabila lelaki berusia 46 tahun dari Pulau Pinang bergaduh dengan pengawal keselamatan tersebut di sebuah apartmen.

Penyiasat Polis Sadao, Kapten Pairote Wongtawin berkata suspek berusia 46 tahun itu mendakwa mangsa cuba memasuki apartmen tanpa kad akses.

Dia berkata mangsa dikatakan mengekori seorang wanita tempatan ke apartmen tersebut dan cuba masuk melalui pintu kaca.

“Suspek yang bertugas ketika itu memberitahu mangsa untuk berhenti. Bagaimanapun, pergaduhan kemudian berlaku, menyebabkan mangsa ditikam.

“Suspek mendakwa dia ditumbuk dahulu oleh mangsa yang memaksanya menikam lelaki itu di perut,” kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sadao.

Suspek sementara itu, menunggu di tempat kejadian sebelum menyerah diri kepada polis.

Beliau menambah, suspek didakwa atas tuduhan membunuh. Suspek menghadapi hukuman penjara seumur hidup, jika didapati bersalah.

“Ahli keluarga mangsa telah dimaklumkan tentang kejadian itu. Saudara lelaki mangsa tiba hari ini untuk urusan membawa balik mayatnya yang dijangka diterbangkan ke Pulau Pinang esok.- BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 26 Nov 2020
Featured Fri, 6 Jan 2023

Athisha Khan Berpurdah, Noor Kartini Terkejut Ingatkan Neelofa.. Netizen Komen: “Takkan Tak Kenal Anak Sendiri?”

Tular sebuah video memaparkan Datin Noor Kartini, ibu kepada pengacara terkenal, Neelofa yang terkeliru apabila salah seorang anaknya, Athisha Khan tampil mengenakan purdah. @cikketayapmadu Hahahaha comey Mak Neelofa ni berlakon 😂❤️ Athisha lawa pakai jilbab […]

Kes Mahkamah Wed, 27 Dec 2023

Tuntut Ganti Rugi Sebanyak RM5 Juta, Ustaz Ahmad Husam Saman Fitnah Terhadap 4 Individu

Empat individu yang difailkan saman fitnah ialah pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Keenam, Muhammad Mukhlis Maghribi, 36, dan bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim, 56.

Manakala, dua lagi individu ialah Ku Muhammad Khairul Amzad Ku Ahmad, 24, dan Mohd Fairus Shaari@Mohd Fazli, 29, yang dituduh bersekongkol memfitnah pendakwah tersebut.

Hiburan Thu, 30 Sep 2021

Jalankan Bisnes Bersama Kekasih Petanda Nak Melangkah Ke Fasa Seterusnya? Ini Respons Uyaina Arshad

Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad menafikan bisnes yang diusahakan bersama kekasihnya, penyanyi Raja Syahiran adalah sebagai persiapan untuk melangkah ke fasa seterusnya. Mengusahakan perniagaan gerai makanan King’s Eye di Masok Food Court, Kampung Baru, […]