Categories: Trending

MDA Batal Kelulusan 2 Jenama Kit Ujian Kendiri Serta Merta

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah membatalkan kelulusan dua jenama kit ujian kendiri, Innovac Technology Sdn. Bhd. dan Conan Medical Technology Berhad.

Kedua-dua kit ujian kendiri itu dikatakan gagal mematuhi kelulusan yang diberikan oleh MDA.

Menerusi perkongsian di Facebook, MDA memaklumkan pembatalan itu berkuatkuasa serta-merta dan menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 berkenaan.

“Pembatalan ini dibuat kerana establismen berkenaan gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA.

“Berikutan itu, MDA menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan,” kata MDA dalam Facebook rasminya semalam.

 

Sumber: Berita Harian

Fatin Nurain