Trending By: Padin February 25, 2021 @ 6:59pm

Media Prima Catat Keuntungan Untuk Dua Suku Tahunan Berturut-Turut

Media Prima Berhad hari ini mengumumkan kumpulan mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM18.1 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Disember 2020.

Memperbaiki kerugian selepas cukai berjumlah RM106.3 juta yang dicatatkan pada suku keempat perbandingan, ini merupakan keputusan kewangan yang positif bagi suku tahunan kedua berturut-turut.

Media Prima sebelum ini mencatatkan keuntungan sebanyak RM11.8 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 30 September 2020.

Prestasi berterusan ini mencerminkan usaha transformasi perniagaan yang dimulakan pada awal 2020.

Biarpun berhadapan dengan persekitaran mencabar yang belum pernah dialami, Media Prima mempertahankan perolehan Kumpulan bagi tahun kewangan 2020, merekod perolehan RM1.04 bilion berbanding RM1.11 bilion bagi tahun dalam perbandingan, iaitu penurunan 6%.

Kerugian selepas cukai telah dikurangkan sebanyak 90% kepada RM18.1 juta pada FY20 berbanding kerugian sebanyak RM185.5 juta pada FY19.

Kemajuan ini dicapai berikutan pengurangan perbelanjaan operasi menerusi inisiatif-inisiatif pengoptimuman kos.

Syarikat digital Kumpulan, REV Media Group mencatatkan keuntungan selepas cukai FY20 berjumlah RM10.8 juta berbanding RM1.7 juta setahun yang lalu.

Perolehan bagi FY20 meningkat sebanyak 21% kepada RM90.1 juta daripada RM74.4 juta pada FY19.

Perkembangan yang memberangsangkan ini adalah susulan penyatuan semua aset digital Kumpulan di bawah REV Media bertujuan untuk mencapai sinergi dan mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran.

Dalam bidang perdagangan, WOWSHOP merekodkan pencapaian yang kukuh, mencatat keuntungan buat pertama kalinya sejak mula beroperasi pada tahun 2016.

WOWSHOP mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM10.2 juta pada FY20, peningkatan 33% dalam perolehan (RM308.9 juta pada FY20) berbanding tahun sebelumnya.

Ini didorong oleh kombinasi produk-produk yang menarik dan juga populariti Rangkaian Televisyen Media Prima yang menguasai 36% jumlah penonton dalam pasaran.

WOWSHOP merekodkan 750,000 pelanggan baru pada tahun 2020, iaitu peningkatan 40% bilangan pelanggan berdaftar baru, menjadikan jumlah pelanggan berdaftarnya sebanyak 2.3 juta sejak pelancarannya.

Jumlah jualan daripada platform-platform e-dagang dan mudah alihnya telah meningkat melebihi 54% daripada jumlah jualan FY20.

Biarpun berdepan dengan sekatan pergerakan akibat pandemik Covid-19, Kumpulan telah berjaya menganjurkan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 dan Lazada 11.11 Super
Show secara maya.

Kedua-dua acara ini telah dianjurkan tanpa kehadiran penonton dan mengikuti protokol keselamatan yang ketat semasa penerbitannya.

ABPBH 33 berjaya meraih 43% bahagian pasaran penonton televisyen dan juga meraih lebih daripada 700,000 tontonan di YouTube, berbanding 104,000 tontonan untuk edisi sebelumnya.

Rancangan Lazada 11.11 Super Show adalah kolaborasi yang ketiga bagi Kumpulan bersama Lazada dan ini merupakan salah satu daripada inisiatif kandungan berjenama terbesar dalam negara.

Datuk Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan, Media Prima Berhad berkata:

“Tahun 2020 merupakan tahun yang begitu mencabar bagi kita semua. Namun, Media Prima terus berdiri teguh di dalam keadaan yang sukar ini. Kami berterima kasih kerana di samping terus berkembang maju dalam perniagaan, kami juga berjaya mewujudkan suasana yang harmoni untuk penonton di rumah.

“Pencapaian pada suku ketiga dan keempat FY20 menunjukkan keberkesanan usaha transformasi perniagaan Kumpulan. Biarpun begitu, kami sedar tentang risiko jangka pendek dan sederhana yang bakal dihadapi akibat pandemik Covid-19 dan kami akan terus mempertingkatkan kecekapan operasi.”

Datuk Iskandar Mizal Mahmood, Pengarah Urusan Media Prima berkata:
“Langkah-langkah strategic yang diambil untuk mentransformasi Kumpulan yang didorong oleh kakitangan berdedikasi telah merealisasikan perancangan kami untuk mengakhiri tahun 2020 dengan pencapaian positif.

“4QFY20 merupakan suku kedua tahunan berturut-turut Kumpulan mencatatkan keuntungan dan merekodkan prestasi yang baik. Kami telah mempamerkan daya ketahanan dan kreativiti di dalam norma baru melalui penganjuran beberapa acara maya seperti Karnival Jom Heboh dan Anugerah Bintang Popular BH.

“Azam yang kuat dan ketangkasan kami dalam menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran yang sentiasa berubah ini akan mendorong kepada kejayaan Kumpulan.”

“Bagi membantu masyarakat, kami telah melancarkan kempen Bantuan Kemanusiaan Covid-19 bagi mengumpul dana untuk membantu hospital-hospital merawat para pesakit yang terjejas akibat pandemik ini.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bermurah hati menyumbang kepada kempen
ini. Inisiatif ini telah menyalurkan bantuan berjumlah RM1.8 juta kepada lebih 20 hospital di seluruh negara.

“Kami amat menghargai setiap sumbangan anda tidak kira sedikit atau banyak, dan kami komited untuk membantu mereka yang terkesan semasa keadaan yang sukar ini.”

“Melangkah ke hadapan, saya percaya kami mempunyai asas yang betul untuk terus mengembangkan perniagaan pada tahun 2021 dan seterusnya. Kami akan terus mempertahankan perniagaan-perniagaan tradisional kami dan juga meneruskan inisiatif-inisiatif secara bersasar, berpandukan jangkaan perolehan yang jelas serta selari dengan trend semasa.

“Kami terus komited untuk memperbaiki keberkesanan operasi melalui sinergi di antara platform-platform media milik Kumpulan.”

Sebelum ini, Media Prima telah berkolaborasi dengan beberapa platform antarabangsa yang popular seperti iflix, Netflix dan Viu.

Memandangkan peningkatan permintaan terhadap kandungan tempatan, Kumpulan, sebagai penyedia kandungan tempatan yang terbesar telah menandatangani kolaborasi
bersama penyedia perkhidmatan penstriman iQiyi dan WeTV baru-baru ini.

Dengan semangat #KitaJagaKita, Primeworks Studios dan WAU Animation telah sekali lagi bekerjasama untuk melancarkan MISI: JUANG pada bulan Disember 2020. Filem pendek Ejen Ali ini didedikasikan kepada usaha berani barisan hadapan dalam melawan Covid-19 dan telah merekodkan lebih sejuta tontonan, kurang daripada 24 jam pelancarannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 Nov 2017

每年11月11日上午11点11分,阳光会揭开纪念碑隐藏的奥秘!(影片)

美国亚利桑那州为了纪念退伍军人,特设立了退伍军人纪念碑;然而,这五个纪念碑全年364天都处于“不完整”状态,只有在对的时机,才能揭开其中的奥秘。

Featured Sat, 21 Jan 2023
#tilljannah Sat, 3 Dec 2022

Jarak Usia 9 Tahun, Dai Syed Bergelar Suami Hana Ismail Dengan Sekali Lafaz

Pendakwah selebriti, Dai Syed, 27, sah bergelar suami dengan sekali lafaz kepada pengacara televisyen, Hana Ismail, 36. Majlis akad nikah dijalankan di Masjid Ibnu Mas’ud Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada jam 11.40 […]

Featured Tue, 7 Dec 2021

Wanita Genit Pernah Tular Di TikTok Kini Berbadan Dua Curi Perhatian Netizen

Cinta sejati lahir dari hati yang ikhlas, bukan berdasarkan pada aspek fizikal mahupun luaran seseorang. Sebelum ini, kisah mengenai seorang wanita ini pernah tular kerana disangka budak kecil atau pelajar sekolah rendah menjadi tumpuan netizen […]

Trending Fri, 4 Feb 2022

Usop Sah Bergelar Suami Kepada Nur Fatihah – “Saya Ingin Menjadi Suami Yang Terbaik..”

Penyanyi Usop, 24, selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim atau Teha, 25, pada jam 10 pagi tadi di Kompleks Darul Hidayah, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Akad Nikah Usop atau nama […]

Featured Sun, 10 Sep 2023