Categories: Trending

Melaka Berdepan Gangguan Bekalan Air Bermula 5 & 6 Ogos Ini

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dalam kenyataannya memaklumkan, beberapa kawasan di sekitar Melaka dijangka mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam membabitkan 40,000 akaun pada 5 dan 6 Ogos ini.

Ini disebabkan kerja bagi membaiki injap bersaiz 700mm di Loji Air Daf 1 mengakibatkan pengepaman air terawat ke Kolam Senandong B3, Kolam Berangan dan Kolam Senandong A terpaksa dihentikan sementara.

” Sehubungan itu, SAMB menjangkakan kerja berkenaan menyebabkan gangguan bekalan air selama 24 jam bermula dari 9 malam (5 Ogos) sehingga 9 malam berikutnya”

Simpan bekalan air secukupnya

Oleh sebab itu, semua penduduk yang terkesan dengan kerja-kerja penambaikan ini diminta untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan sebarang maklumat lanjut boleh teru menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan yang beroperasi 24 jam di talian 15800.

Timbalan Pengerusi SAMB, Datuk Zaidi Attan bagaimanapun berkata, tujuan utama kerja-kerja itu bagi membolehkan loji terbabit mengeluarkan output maksimum air terawat untuk dibekalkan kepada semua tangki utama air bersih di kawasan Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.

Beliau berkata, sebaik kerja berkenaan selesai, SAMB yakin dan berharap dapat membekal air bersih dengan lebih baik kepada semua pengguna.

Salma Syahbuddin