Categories: Trending

Kedah Laksana Semula PKPD Hingga 30 Ogos Ini

Hanya empat mukim di Kedah sahaja dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dengan semua masjid dan rumah ibadat ditutup bagi aktiviti keagamaan termasuklah solat Jumaat.

Manakala, 7,000 penduduk kawasan berkenaan akan disaring selepas penularan kes kluster Sivagangga.

Solat jemaah hanya dihadiri 3 orang sahaja

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, solat jemaah pula hanya dibenar dihadiri tiga individu sahaja.

” Mengambil kira 11 kes baharu yang berpunca daripada kluster Sivagangga di Kedah membabitkan empat mukim, kerajaan negeri memohon untuk melaksanakan PKPD secara pentadbiran dalam radius satu kilometer dari Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh di mukim Hosba, Kubang Pasu.

” Selain itu, ia juga membabitkan Kampung Pida Satu, Megat Dewa di mukim Ah; Kampung Bendang Dalam (mukim Binjal) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap).

Pelaksanaan PKPD ini juga termasuklah mengguna pakai SOP, sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan penutupan beberapa jalan utama.

Kebebasan bergerak akan disekat sekiranya…

Dalam sidang media harian MKN pada Isnin, Ismail Sabri turut memaklumkan sekiranya kes didapati meningkat maka, kebebsan bergerak mungkin boleh disekat .

Kebebasan bergerak kita mungkin boleh disekat apabila kes meningkat dengan mendadak dan perkara sama boleh berlaku di tempat lain,” katanya.

Terdahulu, pelaksanaan semula PKPD di empat mukim di Kedah ini mendapat kelulusan dari Mesyuarat Khas Menteri-Menteri  yang akan berkuatkuasa sehingga 30 Ogos ini.

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin