Trending By: SGMS Faida April 22, 2018 @ 7:39am

Merajuk Dengan Keluarga, Kanak-Kanak Bawa Diri Ke Bali Seorang Diri!

Masa kecil dulu, bila merajuk dengan mak ayah, paling jauh kita lari pun sampai belakang rumah saja kan? Tapi zaman dah berubah wak, kanak-kanak sekarang merajuk sampai ke Bali perginya!

Disebabkan bergaduh bersama ibu-bapanya, seorang kanak-kanak lelaki nekad mencuri kad kredit milik ibunya untuk melancong seorang diri ke Bali, Indonesia, baru-baru ini.

Budak lelaki berusia 12 tahun itu telah menempah tiket penerbangan dan hotel mewah di Bali selepas berjaya mendapatkan pakej pelancongan murah melalui internet.

Kanak-kanak tersebut telah menaiki penerbangan transit dari Sydney ke Perth dan kemudiannya terus ke Denpasar, Bali.

Dalam pada itu, dia juga berasa hairan mengapa orang ramai tidak menegurnya sedangkan dia seorang kanak-kanak dan hanya bersendirian di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

“Pegawai bertugas hanya meminta kad pengenalan pelajar dan pasport untuk membuktikan bahawa saya berumur 12 tahun dan belajar di sekolah menengah,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Emma berasa terkejut dan tidak boleh menjelaskan bagaimana perasaannya selepas mengetahui anaknya itu ke luar negara seorang diri dan menginap di Hotel All Season yang bertaraf empat bintang. 


Sumber: Agensi

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 25 Jun 2020
Trending Sun, 24 Mar 2019

Tan Sri Vincent Tan Nafi Berjaya Air Punca Kematian Pekerja MAS

Beliau berkata syarikat Berjaya Air akan  memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membantu siasatan pihak berkuasa. 

Hiburan Mon, 18 Sep 2023

“Kalau Ada Jodoh, Adalah…” – Puteri Sarah Liyana

Haa Sarah kata kalau ada jodoh, adalah ye…

Featured Fri, 26 Jul 2024

Mawar Rashid Pernah Terfikir Untuk Berehat Dari Industri Seni

Semoga Mawar terus kuat menempuh dugaan okay

Featured Wed, 22 May 2024
Featured Sat, 4 Dec 2021

Gara-Gara Tegur Berkaitan Hutang, 4 Sekeluarga Ditetak

Polis mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes menetak empat sekeluarga di sebuah ladang di Kampung Cahaya Baru, Beluran, Sandakan pada Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, mereka merupakan anak […]

Trending Wed, 15 Apr 2020
Featured Mon, 18 Mar 2024

Kongsi Berita Gembira, Caprice Kini Bergelar Bapa

Tahniah Caprice & Isteri❤️❤️❤️