Categories: Trending

Misteri Kehilangan Acap, Dipercayai Disorok Makhluk Ghaib Di Gua

Misteri kehilangan seorang lelaki di Gopeng, Perak tular di laman sosial apabila pencarian menjejakinya masih belum menemui jawapan setelah memasuki hari ke-12 operasi bermula. 

Lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Ashraf Hasan atau Acap, dipercayai hilang secara tiba-tiba ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail pada 23 Mac yang lalu. Kehilangan Acap disedari pihak apabila gagal tiba di garisan penamat pada masa yang ditetapkan. 

Operasi menjejaki Acap melibatkan 70 kumpulan pencari yang terdiri daripada pihak polis, bomba, SAR. Namun begitu, operasi SAR dihentikan apabila gagal menemui sebarang petunjuk sehingga hari ini. Operasi skala kecil yang melibatkan penduduk kampung, pendaki lain masih tetap diteruskan. 

Misteri kehilangan Ashraf atau lebih mesra dikenali sebagai Acap turut dikaitkan dengan alam mistik dan makhluk ghaib berikutan lokasi kehilangannya yang didakwa sebagai “keras”. Tambahan, misi pencarian Acap yang disertai oleh sukarelawan turut menceritakan pelbagai kejadian aneh dan mistik sepanjang misi pencarian berjalan.

Ibu kepada Acap iaitu Siti Maznah Khamis dipercayai mendapat petunjuk mimpi bahawa anaknya berada di suatu lokasi yang seakan Gua Tempurung. 

Seorang pemilik twitter yang dikenali dengan nama Nieda Othman memuat naik status kehilangan Acap. Apa yang menarik komen yang diterimanya daripada netizen. Sesetengah natizen yang dipercayai mempunyai “ilmu” memberitahu lokasi Acap dan sebab mengapa lelaki itu hilang.

 

sumber:https://twitter.com/NiedaOthman/status/1111938833472356352?s=08

sumber:https://twitter.com/NiedaOthman/status/1111938833472356352?s=08

Apapun, kami di Xtra mengharapkan pencarian Acap dipermudahkan dan menemui jawapan yang pasti. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”