Selepas Umum Penceraian, Rashidi Ishak Mengaku Terima Ratusan Mesej Setiap Hari

Selepas mengumumkan sudah bercerai pada akhir bulan lalu, pelakon Rashidi Ishak mengaku menerima ratusan mesej di Instagram setiap hari.

Rashidi ketika ditemui di majlis previu filem BU Kasih Suci memaklumkan dia terharu melihat sebilangan besar pengikutnya terus memberikan semangat untuk teruskan kehidupan.

“ Jujurnya saya terkejut terima banyak sangat DM di Instagram, bukan untuk ‘mengorat’ tetapi memberi kata perangsang agar saya terus kuat untuk move on.

“ Lebih kurang 300 direct message dalam sehari. Saya minta maaf kepada sesiapa yang menghantar mesej namun belum dibalas. Saya akan cuba balas sedaya upaya. Apa yang saya boleh cakap, saya sangat hargai usaha kalian,” katanya kepada XTRA.

Bekas suami kepada pelakon Vanidah Imran juga memberitahu dia kini sudah move on dengan peristiwa lalu dan lebih bersemangat membina hidup baru.

Sementara itu, ketika diusik sama ada dia mahu merujuk kembali bersama bekas isteri, Rashidi dengan ringkas menjawab ‘Possible for now’ (mustahil buat masa sekarang).

“ Mulut berkata mustahil buat masa sekarang tetapi saya percaya dengan perancangan Allah SWT yang jauh lebih baik. I go with the flow,” katanya.

Rashidi dan Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan bercerai pada 9 Ogos 2018.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mariyam Rashika dan Mikhail Imran.

Wartawan: Azroy

SGMS Faida