Hiburan By: SGMS Faida April 3, 2019 @ 3:20pm

Selepas Umum Penceraian, Rashidi Ishak Mengaku Terima Ratusan Mesej Setiap Hari

Selepas mengumumkan sudah bercerai pada akhir bulan lalu, pelakon Rashidi Ishak mengaku menerima ratusan mesej di Instagram setiap hari.

Rashidi ketika ditemui di majlis previu filem BU Kasih Suci memaklumkan dia terharu melihat sebilangan besar pengikutnya terus memberikan semangat untuk teruskan kehidupan.

“ Jujurnya saya terkejut terima banyak sangat DM di Instagram, bukan untuk ‘mengorat’ tetapi memberi kata perangsang agar saya terus kuat untuk move on.

“ Lebih kurang 300 direct message dalam sehari. Saya minta maaf kepada sesiapa yang menghantar mesej namun belum dibalas. Saya akan cuba balas sedaya upaya. Apa yang saya boleh cakap, saya sangat hargai usaha kalian,” katanya kepada XTRA.

Bekas suami kepada pelakon Vanidah Imran juga memberitahu dia kini sudah move on dengan peristiwa lalu dan lebih bersemangat membina hidup baru.

Sementara itu, ketika diusik sama ada dia mahu merujuk kembali bersama bekas isteri, Rashidi dengan ringkas menjawab ‘Possible for now’ (mustahil buat masa sekarang).

“ Mulut berkata mustahil buat masa sekarang tetapi saya percaya dengan perancangan Allah SWT yang jauh lebih baik. I go with the flow,” katanya.

Rashidi dan Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan bercerai pada 9 Ogos 2018.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mariyam Rashika dan Mikhail Imran.

Wartawan: Azroy

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Jan 2024
Events Fri, 20 Sep 2019

光良任霹雳旅游大使!计划在当地开演唱会和拍MV

出生自马来西亚怡保的国宝级歌手光良被委任为期两年的「霹雳旅游大使」推广当地旅游,为自己的家乡尽一份力。

Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Featured Mon, 1 Nov 2021

Bomba Temui Bayi Lelaki Berusia Setahun Rentung Dalam Kebakaran

Satu kebakaran berlaku membabitkan seorang bayi lelaki berusia setahun rentung di sebuah unit di flat Jalan Dua, Pusat Bandar Sandakan, pada Jumaat. Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 malam itu, pihak bomba menemui seorang bayi yang […]

Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Terlalu Sibuk, Alyah Tangguh Buat Rawatan IVF?

Datin Alyah dan suami ada pertimbangkan menjalani rawatan IVF tetapi…

Hiburan Sun, 15 Oct 2023