Categories: Trending

MySalam Perlindungan B40 : Pampasan Bernilai Hingga RM 31.76 Juta

Inisiatif kerajaan dalam pelaksanaan mySalam adalah bertujuan untuk menyediakan perlindungan kesihatan takaful PERCUMA terutamanya kepada kalangan individu kumpulan isi rumah dengan pendapatan 40 peratus terendah dan berumur 18 hingga 65 tahun dan merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

Justeru itu, pampasan bagi Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam yang telah dibayar kepada kesemua pemegang polisi setakat ini adalah bernilai RM31.6 juta.

Faedah mySalam termasuklah manfaat penyakit kritikal bernilai RM8,000

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abdul Rahim Bakri memaklumkan, pada 2019 sebanyak 2, 748 individu mendapat faedah penyakit kritikal apabila didiagnos satu daripada 45 penyakit kritikal.

” Setakat 2019, jumlah yang telah dibayar adalah RM21.98 juta. Penerima manfaat hospitalisasi pula sebanyak 8,946 orang dengan jumlah wang pampasan yang telah dibayar sebanyak RM3.32 juta,”

Manakala, bagi manfaat hospitalisasi, sebanyak 6,597 orang telah menerima faedah dengan nilai keseluruhan pampasan yang telah dibayar berjumlah RM2.31 juta.

Salma Syahbuddin