Categories: Trending

Lepas ‘Mak Cik Gelang Pink’ Kini Muncul Pula Lelaki Gelang Putih…

Selepas isu ‘Mak Cik Gelang Pink’ kini tular pula mengenai seorang lelaki gelang putih yang dikenakan kompaun sebanyak RM 2,500 oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau setelah mengunjungi sebuah pusat konvensyen ketika dalam kuarantin wajib.

Tertuduh, S.Ramesh Kumar, 42, merupakan juruteknik kilang telah dijatuhkan hukuman oleh Majistret Khalijah Mohd Khalid selepas beliau mengaku bersalah pada Selasa.

Penjara jika gagal bayar denda

Sumber : Google

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara lima hari sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Ramesh Kumar didakwa dengan sengaja telah gagal mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian yang diberikan oleh Pegawai Diberi Kuasa Muhammad Ridwan Mansor di Pusat Konvensyen Spice Arena, Bayan Baru pada 5.45 petang, 7 Ogos lalu.

Tertuduh mohon dikenakan denda yang rendah

Tertuduh yang diwakili peguam Edmund Anthony Hermon  didakwa mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Edmund juga memohon hukuman denda yang rendah dikenakan ke atas tertuduh atas alasan Ramesh Kumar telah insaf dengan perbuatannya.

Sumber : Google

Namun, pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rais Imran Hamid yang memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh turut mengambil kira keseriusan kes yang membabitkan ancaman penyakit berbahaya.

Salma Syahbuddin