Seluruh dunia kini tertumpu kepada isu melibatkan Palestin dan Israel. Dengan tema solidariti untuk palestin dan #FreePalestin, seluruh dunia berusaha untuk menegakkan keadilan buat rakyat Palestin yang diserang Israel serta memelihara kesucian Masjidil Al Aqsa serta kawasan Sheikh Jarrah .
Difahamkan sebingga kini , tentera Israel dilaporkan telah membunuh hampir 120 militan rakyat Palestin.
Menurut pendakwah bebas, Ustaz Adnin Roslan seorang umat Islam dikira berdosa sekiranya tidak mengambil tahu Isu Palestin kerana ia bukan sahaja melibatkan isu kemanusiaan malah akidah seseorang muslim.
“Pertamanya kalau kita tidak mengambil tahu isu Palestin ni Nabi Muhammad S.A.W tak mengaku umat”.
“Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda siapa yang tak ambil tahu tentang urusan umat Islam maka dia bukan di kalangan mereka. Makna kalau kita tak ambil tahu tentang saudara kita di kalangan Palestin kita bukanlah dari umat Islam”, beliau menjawab pertanyaan ketika ditanya oleh seorang pengikut di laman Instagram.
Pengusiran rakyat Palestin dari rumah mereka sendiri dan keganasan Israel telah menaikkan semangat jihad tentera Hamas dan Bridget Al Qassam demi membela tanah Palestin.
Bagi mereka yang ingin membuat sumbangan berikut merupakan beberapa sumber atau pihak NGO yang boleh dipercayai yang berada di Palestin sendiri untuk anda menghulurkan sumbangan.
Tak baik hina pekerjaan orang. Itukan rezeki 🙄
Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.
Hurmmm, apa pendapat korang? Maafkan ke tidak...
Memang ramai betul CCTV Sarah Yasmine ek😅
Ezzanie memegang watak Shahidah dalam Kuih Muah.