Categories: Trending

Nabil Mahir Perjelas Isu Berang Berita Kehamilan Ayda Jebat Tular – “Kami Mungkin Kehilangan Anak…”

Kalau diawal perkahwinan dahulu berita mengenai penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat dilaporkan hamil menjadi antara isu hangat diperkatakan apabila suaminya, Nabil Mahir marah kerana terdapat segelintir pihak yang tidak meminta izin mengeluarkan berita kehamilan tersebut.

Kali ini, Nabil Mahir atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 33, menjelaskan sebab mengapa beliau tidak mahu berita tersebut viral dan diketahui umum tanpa keizinan mereka suami isteri.

“Ayda bekerja dengan banyak jenama jadi banyak masa yang diperlukan untuk mengatur semua kerja. Namun, disebabkan berita tersebut disiarkan tanpa keizinan, semua jenama tersebut menuntutnya memberi komitmen segera”

Menurut Nabil, perkara tersebut secara tidak langsung  memberi tekanan buat Ayda sehingga menyebabkan beliau mengalami pendarahan.

Bukan itu sahaja, Ayda juga terpaksa mengambil lima kali suntikan untuk menguatkan rahim.

“Orang mungkin tidak tahu apa yang isteri saya lalui, sebagai suami dan bakal ayah perkara tersebut serius dan kami mungkin kehilangan anak” jelasnya.

Difahamkan, usia kandungan Ayda juga kini sudah memasuki trimester kedua dan mencecah usia empat bulan dan Ayda dijangka akan bersalin pada Oktober ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Bunting Pelamin, Ayda Jebat Hamil 4 Bulan

ARTIKEL BERKAITAN : Dengan Sekali Lafaz, Ayda Jebat & Nabil Mahir Selamat Diijabkabulkan

ARTIKEL BERKAITAN : “Kalau Boleh, Nak 13 Orang Anak…” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Enggan Rancang Zuriat

 

Sumber : Gempak

Salma Syahbuddin