Categories: Trending

Tiada Sekatan Rentas Daerah, Hanya Sekatan Rentas Negeri Dilakukan

Polis menafikan menyekat masuk orang ramai dari daerah lain ke Kuala Muda khasnya tanpa surat kebenaran polis berikutan daerah ini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti yang tular di laman Facebook pada Khamis.

Ini berikutan hanya Kuala Muda, Kedah masih di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) manakala, kawasan lain kini sudah bertukar kepada lokaliti kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, kebenaran merentas daerah dari daerah lain di negeri Kedah adalah dibenarkan seperti biasa.

“Tak betul…Kita proceed (benarkan) seperti biasa… tekankan pada larangan rentas negeri,” katanya.

Bagaimanapun, pemeriksaan hanya ditekankan untuk pergerakan merentas negeri sahaja yang memerlukan setiap individu menunjukkan surat kebenaran dari pihak polis.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook mengenai larangan merentas negeri dari daerah Kuala Muda berikutan ianya masih berada dalam lokaliti kawasan yang idkenalan PKPB.

 

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin