Categories: Trending

Naim Daniel Teruja Jalin Kerjasama Dengan Joe Flizzow

Pelakon, penyanyi dan komposer, Naim Daniel kini tampil dengan karya terbaru kolaborasi bersama rapper terkemuka, Joe Flizzow berjudul Habis Sini.

Hasil kerjasama World Peace Entertainment Sdn. Bhd. dengan Def Jam Recordings Malaysia itu menandakan kerjasama rasmi pertama antara kedua-dua penghibur itu.

“Saya berasa amat teruja apabila Joe Flizzow bersetuju untuk menyertai saya untuk kolaborasi ini. Ia satu penghormatan untuk bekerjasama dengannya,” kata Naim.

Habis Sini mengisahkan tentang bagaimana dalam kehidupan seharian kita akan bertemu dengan manusia yang leka dengan menyebarkan aib orang lain sedangkan dirinya sendiri masih penuh dengan cela.

Istimewa untuk peminat-peminat Naim Daniel dan Joe Flizzow, Habis Sini boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform seperti Spotify, Apple Music, Youtube, JOOX dan lain-lain.

Muzik video Habis Sini juga telah dilancarkan dan boleh ditonton di saluran Youtube World Peace Entertainment.

Padin