Categories: Trending

“Nak Nangis Tengok Laila & Jekfer Break Up” – Ramai Frust Dengan Episod Kampung People 2!

Menghampiri episod kemuncak, nampaknya drama komedi Kampung People 2 sekali lagi berjaya membuatkan netizen tidak keruan.

Jika sebelum ini, lagu 4 Dara nyanyian Elly Mazlein yang tular di media sosial, kali ini episod putus cinta antara watak Laila lakonan Riena Diana dan Jekfer lakonan Hun Haqeem turut mendapat perhatian ramai

Babak yang membabitkan watak Jekfer dan Laila dalam episod ke-11 berjaya menyentuh hati orang ramai.

“Nak nangis tengok break up scene Laila dan Jekfer!” -Netizen

Ciapan yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna di Twitter menyatakan yang dia tidak sangka drama bersiri komedi itu berjaya membuat hatinya tersentuh.

Episod tersebut menceritakan perhubungan  Laila dan Jekfer yang mengalami sedikit salah faham menyebabkan kedua-duanya bertengkar hingga Laila berniat untuk mengakhiri hubungan mereka.

Ini antara reaksi netizen di Twitter :

Walaupun penggunaan bahasa dalam drama tersebut bersifat “rojak”, namun rata-rata netizen tersentuh dengan penyampaian lakonan penuh emosi yang dibawakan oleh watak  Laila dan Jekfer.

Jangan lupa tonton ending Kampung People 2 malam ini!

Kalau korang nak tengok macam mana “ending” watak Laila dan Jekfer, jangan lupa untuk menonton Episod Kampung People 2 akhir malam ini, jam 9 malam hanya di TV3.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:“Ramai Pula Artis Sama Naik Melawan Saya…” – Lebih 1.2 Juta Tontonan, Kak Lina Pom Pom Buat Hal Dengan 4 Dara!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”