Categories: Ijab & KabulTrending

Nazir Razak Kini Suami Kepada Yati Zainuddin

Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Tan Sri Mohamed Nazir Razak telah berkahwin dengan pilihan hatinya, Yati Zainuddin pada Jumaat.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nazir memuat naik foto menyarung cincin dan berbusana putih sedondon di atas pelamin.

Bukan itu sahaja, Nazir juga menulis coretan mengimbau perkenalannya dengan isteri di ruangan kapsyen.

“Saya hari ini berkahwin dengan Yati Zainudin.

“Kehidupan ini tidak dapat diramalkan. Kisah kami mengimbau kembali pada pertengahan tahun 1980-an ketika kami sedang belajar di United Kingdom. Kami hanya sekadar kawan.

“Takdir kini menyatukan kami. Syukur masih diberi peluang untuk bina hidup baru sebagai pasangan. Kami sangat bersyukur kepada Allah SWT atas peluang ini.

“Kami telah akad nikah pagi tadi. Terima kasih kepada yang mendoakan kami dan kami sangat terharu,” tulisnya.

Untuk makluman, Yati merupakan seorang ahli perniagaan dan pengasas kepada sebuah syarikat kosmetik yang dikenali sebagai Bluemolly.

Untuk rekod, Nazir sebelum ini pernah berkahwin dengan Azlina Aziz namun telah bercerai pada 2023.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak.

Atiqah Johari