Categories: Trending

Negara Alami Kerugian Mendadak 2.4 Billion Sehari Ketika PKP- PM

Selamat Hari Pekerja buat semua!

Bersempena dengan Hari Pekerja, Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini membuat satu perutusan khas.

Untuk pengetahuan ramai, sepanjang tempoh pelaksanaan PKP, negara Malaysia kini mengalami kerugian sebanyak 2.4 billion sehari. Sejak 18 Mac yang lalu, jumlah kerugian yang dialami kerajaan adalah sebanyak 63 billion.

Jika PKP masih diteruskan jumlah kerugian terpaksa ditanggung kerajaan adalah sebanyak 35 billion.

“Ini menjadikan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM98 bilion… hampir RM100 bilion,” katanya.

Dalam perkembangan lain, semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal dan berhati-hati mulai 4 Mei ini.

Semoga ekonomi kita mampu dipulihkan dengan segera, apapun jangan lupa patuhi peraturan PKP dan amalkan jarak sosial!

Tonton perutusan khas Perdana Menteri di bawah:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”