Categories: Trending

[TERKINI] Sektor Ekonomi Mula Dibuka Bermula 4 Mei Ini

Mula beroperasi bermula Isnin ini!

Selepas pelaksanaan PKP yang bermula pada 18 Mac yang lalu, bekerja dari rumah dan duduk di rumah merupakan pengorbanan besar para pekerja.

Justeru itu, Perdana Menteri telah mengumumkan dalam Perutusan Khas sempena Hari Pekerja di Putrajaya bahawa, semua sektor ekonomi akan dibuka bermula pada Isnin, 4 Mei ini secara berhati-hati dengan menguatkuasakan standard prosedur operasi (SOP) kesihatan yang ketat.

Sumber : Google

“Hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat dan SOP ditetapkan kerajaan.

“Tetapi masih ada beberapa industri yang masih tidak dibenarkan beroperasi yang membabitkan perhimpunan ramai yang mana penjarakan sosial sukar dilakukan seperti panggung wayang, pusat hiburan, karaoke, kelab malam, bazar Ramadan dan Aidilfitri, karnival jualan termasuk semua bentuk acara sukan yang besar termasuk bola sepak,”

Sumber : Google

Tambahnya lagi, perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri selepas terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

“Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan”

“Buat masa ini, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka” Katanya.

Majikan juga digalakkan membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah atau secara selang-seli selepas kerajaan membenarkan sektor ekonomi dibuka semula.

Langkah ini bertujuan untuk membantu para ibu bapa menyelesaikan masalah penjagaan anak-anak mereka.

Sumber : Google

“Walaupun pusat penjagaan kanak-kanak akan dibuka dengan mengamalkan standard prosedur operasi (SOP) tertentu tetapi ramai ibu bapa yang masih bimbang untuk menghantar anak-anak ke pusat penjagaan kanak-kanak.

“Jika anak tak perlu dihantar ke pusat jagaan, ia secara tidak langsung memudahkan penjaga mengikut SOP yang ditetapkan ketika penjagaan kanak-kanak,” Jelasnya.

Salma Syahbuddin