Categories: Trending Hari Ini

[TERKINI] Kerajaan Cadang Majikan Pastikan Waktu Kerja Anjal, Galakkan Kerja Dari Rumah

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di mana sebahagian besar ekonomi dan sosial dibenarkan kecuali aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai.

Dalam pada itu, sempena Hari Pekerja, Perdana Menteri turut mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia.

Beliau turut mengucapkan penghargaan buat pekerja sektor awam dan sektor swasta walaupun tiada sambutan diadakan sempena Hari Pekerja 2020.

Majikan Pastikan Waktu Kerja Anjal

Kerajaan mencadangkan supaya semua majikan perlu memastikan waktu kerja anjal dan menggalakkan pekerja bekerja dari rumah.

“Saya minta majikan benarkan pasangan suami isteri ada keperluan jaga anak di rumah, benarkan kerja every alternate days,” katanya dalam sidang media tadi.

Pastikan Suhu Badan Pekerja Diambil

Majikan juga perlu memastikan suhu badan pekerja diambil setiap hari. Pekerja perlu memastikan peralatan kerja meja, kerusi sentiasa bersihkan dan mengelakkan body contact dengan pekerja lain.

Tonton perutusan khas Perdana Menteri sempena Hari pekerja 2020 di bawah ini:

Sumber: Youtube Buletin TV3

Syafiqa Irdina